Thursday 4 July 2013

TAJUK 1 : PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

UJIAN

Ujian bermaksud bahan yang tertulis, tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa.

Contoh
  • Ujian Kloz untuk menguji kefahaman kemahiran membaca (isi tempat kosong)
  • Ujian Imlak untuk menguji kemahiran mendengar ( menyalin semula perkataan yang didengar)

Ringkasnya, ujian merujuk kepada alat yang digunakan untuk mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara.


PENGUJIAN

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen.

Menurut Cronbach, 1970, menyatakan ujian ialah satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan mengelaskannya dengan satu sistem yang berkategori.



PENGUKURAN

Pengukuran merupakan proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif.
(Mokhtar Ismail, 2009, p.22)

Contoh :
  •  beri nilai berat kepada timbangan
  •  jumlah markah pelajar
  •  jumlah suhu badan

Pengukuran juga dapat dimaksudkan sebagai satu proses untuk mendapat pengelasan secara numerik(angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Pengukuran dalam pendidikan adalah proses pengumpulan maklumat dan merumuskannya mengikut situasi.

No comments:

Post a Comment